Karangan ALAM SEKITAR
Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan. Manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber semulajadi di muka bumi ini. Allah telah mencipta alam ini seimbang untuk kemakmuran munusia. Bumi yang luas dijadikan tempat tinggal manusia, gunung-gunung sebagai pemasak bumi, tumbuh-tumbuhan sebagai sumber makanan dan ubatan kepada kehidupan, demikian juga dengan pelbagai jenis haiwan dan hidupan di lautan. Alam sekitar yang tidak tercemar memberikan kita suasana yang selesa dan menyamankan. Di samping memberi keselesaan kepada manusia, ia juga sedikit sebanyak akan terjejas akibat aktiviti-aktiviti pembangunan negara sekiranya alam sekitar di negara kita tidak dijaga dengan baik.
Persekitaran
yang bersih membolehkan kita menyedut udara yang segar. Udara yang
bersih merupakan nikmat yang sangat bernilai kepada kehidupan manusia.
Kawasan yang segar dan bersih lazimnya dipenuhi dengan tumbuhan
menghijau. Tumbuh-tumbuhan membebaskan oksigen ke udara dan membolehkan
badan kita mendapat bekalan oksigen secukupnya.
Udara
dalam alam sekitar kita yang bersih dan segar juga membolehkan kita
menikmati keselesaan. Kita akan berasa selasa jika tiada gangguan di
persekitaran kita. Cuaca panas dan kering yang disebabkan oleh kenaikan
suhu dapat dielakkan dan membolehkan kita menjalani kehidupan dalam
keadaan cuaca yang baik. Melalui persekitaran yang segar dan nyaman
juga, orang ramai boleh melakukan aktiviti luar dan beriadah tanpa
gangguan yang boleh menimbulkan perasaan rimas marah dan tidak selesa.
Aktivti riadah yang dijalankan dalam keadaan bersih akan meningkatkan
tahap kesihatan kita.
Selain
itu, penanaman pokok-pokok haruslah dirancang dengan teratur dari
semasa ke semasa. Penanaman tumbuhan hijau bukan sahaja memberikan
suasana persekitaran yang sejuk dan nyaman, malah berfungsi untuk
menstabilkan suhu persekitaran. Penanaman pokok-pokok ini juga bertujuan
mengurangkan kesan pemanasan global melalui penyerapan karbon dioksida.
Akhirnya, pemanansan global dapat dikawal dan akan dapat menstabilkan
ekosistem persekitaran. Penjagaan sumber-sumber alam sekitar seperti
pokok-pokok akan dapat membendung pelbagai masalah, sebagai contoh hutan
mengawal hakisan tanah dan banjir. Hutan juga menjadi salah satu sumber
ekonomi negara kita.
Alam
setikar yang bersih juga dapat mengelakkan pembiakan serangga yang
mampu membawa penyakit. Persekitaran yang bersih menghalang haiwan
seperti lalat, nyamuk dan tikus daripada membiak dan menyebarkan
penyakit kepada manusia seperti malaria, deman denggi, taun dan hawar.
Keadaan ini turut melindungi makanan kita daripada dicemari oleh
vector-vektor penyakit tersebut dan dengan itu, masalah keracunan
makanan dapat dielakkan.
Gangguan
daripada serangga di dalam rumah juga dapat dielakkan jika persekitaran
dalam keadaan bersih. Alam setikar yang bersih dapat mengurangkan
pembiakan serangga seperti nyamuk, lalat, dan serangga lain yang berada
di dalam rumah. Tanpa serangga tersebut, kita dapat berehat dengan
selesa di rumah pada bila-bila masa. Selain itu, persekitaran yang
bersih juga mengelakkan pencemaran bau yang boleh mengganggu keselesaan
hidup kita.
Selain
itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan
manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan
manusia boleh hidup bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa
makanan. Tubuh kita mengandungi lebih kurang 70% air. Sekiranya
kehilangan air, hal ini akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air
bukan sahaja penting kepada manusia malah kepada hidupan lain seperti
haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air. Air yang suci dan
bersih merupakan penjana kepada kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air
merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia, masyarakat haruslah
berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan air terutamanya
menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar